CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 12 August 2012

OPSSSS TERLEPAS SUDA!

ok ok ok. HARINI DA TERLEPAS SAHUR.. huiihui. duk panggil SI UMIE N SI IZZATI ni... x bgn2. aku plak duk tergolek2 jah. hurm.. TERLEPAS PAHALA SAHUR AKU..

MAI KITE BELAJAR SIKIT HIKMAH SAHUR :) DIAMBIL DARI BLOG ORG. HEEEEEEE


Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya, satu amalan yang amat disukai.
Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
“Bahawa Rasulullah saw melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mula terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)
Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk menambah tenaga bagi menguatkan badan, mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu, ia adalah satu sunnah Nabi apabila kita melakukannya akan memberi peluang kepada kita mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdoa di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.



No comments:

Post a Comment